There was an error in this gadget

Search This Blog

Saturday, July 28, 2012

Rohingya In Myammar/Burma

 


Mengenali Etnik Rohingya:
Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam Rohingya merupakan penduduk
asal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran
sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah
serta ilmiah yang dilakukan.
Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).
Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di
Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang
beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu
dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam
Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen
antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora
Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho
Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.
Punca Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya:
Tragedi kemanusiaan yang dialami umat Islam Rohingya pada ketika ini
berlangsung semenjak 1938 apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslim
telah dibunuh pada 26 Julai 1938. Tragedi yang sama juga berulang pada
tahun 1942, 1968, 1992 dan 2012.
Sehingga kini, dilaporkan seramai 1
juta umat Islam Rohingya telah menjadi pelarian di seluruh dunia
(termasuk di Malaysia) manakala seramai 2 juta umat Islam Rohingya masih
berada di Arakan.
Penderitaan Muslim di Myanmar bermula
pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang
asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang
bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah
junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan
muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan
sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka
dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang
dikenakan kepada mereka.

Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga,
anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka
tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran
daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.
Tambah
menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di
antara mereka yang ditindas, didiskriminasi, dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan
hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka
dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan
yang ingin mereka dapatkan.
Tambah
memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun
menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak
dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran
agamanya.
Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim
Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke
negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi,
Thailand dan Malaysia.
Fakta-Fakta Penindasan dan Pencabulan Hak Asasi Manusia:
Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada
hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan
Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan
pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan
pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang
Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya
dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri
Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.
Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah
melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera
Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan “pemeriksaan setiap
individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan
orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan
terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram.
Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan
mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan
agama secara besar-besaran.
Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan
berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka
melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan
dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera
Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam
keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain
berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan
keselamatan.

Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera
Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah ,
ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki
mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda
Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan
tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan
pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun
pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera.
Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang
ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon
bimbit.
Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di
Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di
Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar
di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa
Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

No comments:

Post a Comment