1. Copy paste entry orang lain
Cara
ini dijamin berkesan kerana tuan punya entry yang di copy paste itu
pasti akan datang melawat blog milik korang. Lepas tu, dia jugak akan
membuat satu entri berkaitan pasal korang dan entry yang di copy paste
itu lalu ramai la blogger-blogger lain yang membaca entry blogger
tersebut akan datang melawat blog korang. Kalau bukan dimaki hamun,
paling-paling pun korang akan disuruh untuk bertaubat atau insaf atau
kembali ke pangkal jalan dengan mendelete semua entry yang telah di copy
paste itu. Lepas tu, semua orang akan mengenali korang sebagai 'blogger
peniru'. Tulis saja nama korang, semua orang tau siapa korang dan apa
yang korang pernah buat. Tidak percaya? Try la buat kalau berani.
2. Buat entri dengan tajuk yang panas
Yang
ini pun agak berkesan jugak sekiranya dilakukan. Korang buat la satu
entri lepas tu letakkan tajuk yang agak hot dan panas dalam kalangan
masyarakat kita sekarang ini. Sebagai contoh, korang tulis satu entry
bertajuk 'perempuan yang pakai shawls sangat huduh'. Lepas tu macam
biasa sebarkan la entri korang tu ke semua ping site atau pun share
dekat facebook supaya ramai orang akan nampak. Semakin ramai orang
tengok entri korang tu, makin ramai la yang tidak puas hati dan akan
ramai yang akan melawat blog korang untuk menyuarakan ketidakpuas hati
mereka. Tidak cukup dengan tu, akan ada yang dengan rela hatinya menulis
entry pasal korang secara free dan membuatkan trafik datang
mencurah-curah ke blog korang.
3. Beri komen yang bersifat menghentam
Setiap
kali ada blogger yang membuat entry terbaru, korang lawat la blog dia
kemudian komen dengan menggunakan nama korang sendiri. Jangan sesekali
guna nama anonymous. Itu pengecut namanya. Korang maki la tuan punya
blog walau pun dia langsung tiada sebab untuk dimaki. Sure dia akan jadi
panas dan serang balik korang. Kalau dia buat tidak peduli pun, orang
lain yang ternampak komen korang pulak akan menjadi curious dan ini akan
membuatkan mereka ingin datang ke blog korang untuk mengetahui apa
sebenarnya yang telah terjadi. Oh ya, cara ni selalunya hanya berkesan
ke atas blogger terkenal yang tidak memerlukan approval di ruangan komen
mereka. Kalau tidak, sure komen korang akan kena tapis dan usaha korang
jadi sia-sia.
4. Buat entry berunsur lucah
Yang
ni jangan cakap la. Memang berkesan punya terutama bila blog korang
ramai follower lelaki berbanding perempuan. Tapi kadang-kadang yang
perempuan pun suka jugak tengok benda-benda lucah ni. Aku tau, sebab
kawan perempuan aku banyak jugak yang sudah 'kotor' pikirannya. Bila
korang buat camni, ramai orang akan cakap, "Blog dia tu lucah la. Jangan
pegi sana." Tipu la kalau orang tidak akan datang langsung sebab setiap
manusia kadang-kadang akan ada satu masa di mana perasaan ingin tahu tu
menjadi sangat tinggi. Kalau tiada follower pun, trafik akan sentiasa
datang sebab dalam negara kita ni, hampir setiap hari orang akan taip
perkataan 'bogel', 'seks', 'rogol' dan sebagainya. Jadi jangan risau
pengunjung tidak datang melawat korang.
5. Menjadi pembangkang di dunia maya
Yang
ni banyak sangat aku tengok dalam internet. Kerajaan naikkan harga
minyak, mula la buat entry pasal segala minyak tidak kisah la minyak
senyonyong ka, minyak gamat ka, minyak itu ini. Kalau boleh, pembangkang
tu mesti dianggap sebagai tuhan dan kerajaan tu dianggap sebagai
anjing. Bila korang buat macam tu, pasti akan ada yang merepot blog
korang dan bila perhatian mula diberikan ke atas blog korang, mula la
trafik datang tidak henti-henti. Contoh paling bagus aku rasa adalah
blog si aduka taruna yang menghina institusi beraja di johor suatu masa
dahulu. Terus blog dia jadi terkenal sampai polis pun berminat dekat
dia. Korang try la buat cara tu nanti dan lepas tu tengok apa jadi.
Kalau
korang pakai semua tips-tips yang ada di atas tu, aku jamin yang korang
pasti akan menjadi seorang blogger yang terkenal. Cuma satu saja benda
yang aku mau bagitau. Lepas buat semua tu, korang jugak akan menjadi
blogger yang paling rendah sekali martabatnya yakni tiada maruah
langsung. Sebab tu aku cakap cara tu cara murahan. Kesimpulannya, lebih
baik tidak payah jadi seorang blogger kalau mau jadi terkenal tapi
pakai cara yang murah-murah. Memalukan kaum blogger saja.
PS:Anda Bagaimana?? HeHe